02 November 2012

Rindu..

Rindu mak, rindu Zuhri, rindu Hadziq, rindu rumah hijau.. rindu udaranya, rindu kicauan burung di sana, rindu segalanya. :'(

Sebuah pencarian

Kadang aku banyak termenung atau berfikir. Tapi aku sendiri tak pasti apa yang aku fikirkan. Aku khuatir jika emosi aku terganggu, ianya akan turut dirasai si kecil dalam rahimku ini. Aku sedang cuba untuk buat diriku rasa gembira. Tapi, aku tak berupaya. Hanya DIA tempat aku mengadu segalanya. 

Bolehkah kegembiraan dan kebahagiaan itu dicari? Atau ianya datang sendiri? :'(

01 November 2012

Be happy, Silence.

Bismillah..

Dah lama rasanya aku tak titipkan apa-apa di sini. Semenjak detik aku bermula alam rumahtangga hingga sekarang, langsung aku tak tinggalkan apa-apa berita buat Silence. Maafkan aku. Ada ketika, aku lebih suka bersendiri. Melayan diri. Melayan dunia sendiri. Entahlah.

Alhamdulillah sudah menjangkau hampir 5 bulan usia pernikahanku dengan dia yang aku sering titipkan doa dalam solatku sejak hujung tahun lepas lagi. Alhamdulillah. Allah Maha Memakbulkan doa ku. Satu per satu DIA permudahkan. Satu persatu permintaan dan doaku DIA kabulkan. Betapa Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya DIA pada ku. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, DIA juga kurniakan aku cahaya mata yang kini masih dalam rahimku yang berusia 4 bulan. Cepat benar masa berlalu. Kami berkongsi segalanya bersama, berkongsi rasa, makan, minum bersama. Alhamdulillah nikmatnya menjadi seorang ibu sekali lagi.

Aku sudah jarang online dan ber'facebook'. Ada kalanya aku langsung hilang mood untuk online. Ini pun, aku tak tahu puncanya apa dan kenapa aku ber'blogging' kerana sudah kian lama aku menyepi. Tak ada orang baca pun tak apa, janji hati aku damai bahagia. InsyaAllah.

Kadang-kadang aku rajin ber'facebook', dan juga ber'tumblr'. Tapi bila dah rasa bosan dengan alam maya, aku cuba lupakan segalanya. Aku dah tak ada idea nak titipkan apa. InsyaAllah harap-harap, aku dapat titip lagi cerita di sini. InsyaAllah.