01 November 2012

Be happy, Silence.

Bismillah..

Dah lama rasanya aku tak titipkan apa-apa di sini. Semenjak detik aku bermula alam rumahtangga hingga sekarang, langsung aku tak tinggalkan apa-apa berita buat Silence. Maafkan aku. Ada ketika, aku lebih suka bersendiri. Melayan diri. Melayan dunia sendiri. Entahlah.

Alhamdulillah sudah menjangkau hampir 5 bulan usia pernikahanku dengan dia yang aku sering titipkan doa dalam solatku sejak hujung tahun lepas lagi. Alhamdulillah. Allah Maha Memakbulkan doa ku. Satu per satu DIA permudahkan. Satu persatu permintaan dan doaku DIA kabulkan. Betapa Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya DIA pada ku. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, DIA juga kurniakan aku cahaya mata yang kini masih dalam rahimku yang berusia 4 bulan. Cepat benar masa berlalu. Kami berkongsi segalanya bersama, berkongsi rasa, makan, minum bersama. Alhamdulillah nikmatnya menjadi seorang ibu sekali lagi.

Aku sudah jarang online dan ber'facebook'. Ada kalanya aku langsung hilang mood untuk online. Ini pun, aku tak tahu puncanya apa dan kenapa aku ber'blogging' kerana sudah kian lama aku menyepi. Tak ada orang baca pun tak apa, janji hati aku damai bahagia. InsyaAllah.

Kadang-kadang aku rajin ber'facebook', dan juga ber'tumblr'. Tapi bila dah rasa bosan dengan alam maya, aku cuba lupakan segalanya. Aku dah tak ada idea nak titipkan apa. InsyaAllah harap-harap, aku dapat titip lagi cerita di sini. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment