02 November 2012

Rindu..

Rindu mak, rindu Zuhri, rindu Hadziq, rindu rumah hijau.. rindu udaranya, rindu kicauan burung di sana, rindu segalanya. :'(

Sebuah pencarian

Kadang aku banyak termenung atau berfikir. Tapi aku sendiri tak pasti apa yang aku fikirkan. Aku khuatir jika emosi aku terganggu, ianya akan turut dirasai si kecil dalam rahimku ini. Aku sedang cuba untuk buat diriku rasa gembira. Tapi, aku tak berupaya. Hanya DIA tempat aku mengadu segalanya. 

Bolehkah kegembiraan dan kebahagiaan itu dicari? Atau ianya datang sendiri? :'(

01 November 2012

Be happy, Silence.

Bismillah..

Dah lama rasanya aku tak titipkan apa-apa di sini. Semenjak detik aku bermula alam rumahtangga hingga sekarang, langsung aku tak tinggalkan apa-apa berita buat Silence. Maafkan aku. Ada ketika, aku lebih suka bersendiri. Melayan diri. Melayan dunia sendiri. Entahlah.

Alhamdulillah sudah menjangkau hampir 5 bulan usia pernikahanku dengan dia yang aku sering titipkan doa dalam solatku sejak hujung tahun lepas lagi. Alhamdulillah. Allah Maha Memakbulkan doa ku. Satu per satu DIA permudahkan. Satu persatu permintaan dan doaku DIA kabulkan. Betapa Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya DIA pada ku. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, DIA juga kurniakan aku cahaya mata yang kini masih dalam rahimku yang berusia 4 bulan. Cepat benar masa berlalu. Kami berkongsi segalanya bersama, berkongsi rasa, makan, minum bersama. Alhamdulillah nikmatnya menjadi seorang ibu sekali lagi.

Aku sudah jarang online dan ber'facebook'. Ada kalanya aku langsung hilang mood untuk online. Ini pun, aku tak tahu puncanya apa dan kenapa aku ber'blogging' kerana sudah kian lama aku menyepi. Tak ada orang baca pun tak apa, janji hati aku damai bahagia. InsyaAllah.

Kadang-kadang aku rajin ber'facebook', dan juga ber'tumblr'. Tapi bila dah rasa bosan dengan alam maya, aku cuba lupakan segalanya. Aku dah tak ada idea nak titipkan apa. InsyaAllah harap-harap, aku dapat titip lagi cerita di sini. InsyaAllah.


16 March 2012

Cucuk Sikit Jari Manis

Alhamdulillah. Hari ni selesai lagi satu misi untuk ke gerbang baru. Awal pagi, rancang dengan Sis Hala untuk ke Klinik Kerajaan. Sampai sana, terus daftar Sis Hala untuk jumpa doktor. Dia terangkan kat doktor, "I got alergic..bla..bla..bla.." Seperti biasa, aku akan jadi tukang penterjemah. Doktor terangkan kat aku, aku terangkan balik pada Sis Hala. Lepas ambil ubat, aku bagitahu lagi sekali pada Sis Hala, "We have to come here again at 2.45PM. To take the HIV test." Dia angguk kepala tanda setuju.

Jam 2.30PM, aku dah siap-siap dengan Sis Hala nak ke Klinik. Sampai kat sana, mujur tak ramai orang hari ni. Urusan kami dipermudahkan Alhamdulillah. Masa masuk bilik untuk ambil sampel darah, nurse tu tegur aku. "Awak siapa?." Aku tengok muka Hala, Hala tengok muka aku. "Oh. Saya adik ipar dia. Dia kakak ipar saya." Nurse tu macam terkezut sikit kot. Lepastu, dia cuba melawak dengan Hala. "You don't wear like her?" Maksud dia, purdah atau pun Niqab. Hala kata tak pakai lagi, mungkin akan datang. Dan Nurse tu kata lagi, "Oh. Takpe lah kalau awak tak pakai, baru saya boleh nampak muka awak." Aku rasa macam tak best pulak tiba-tiba. Nurse tu nak perli aku ke? Nak kata aku tak nampak muka? Oh. Dia tak faham tujuan aku pakai niqab ni untuk apa. Jadi aku cuba buang jauh-jauh rasa tak best tu. Kemudian dia tanya, "Awak nak kahwin bila? Kali ke berapa?" Soalan tu memang dia wajib tanya untuk isi dalam buku log dia. Aku jawab sejujurnya, "Iya saya nak kahwin, insyaAllah dalam bulan 6. Kali ke dua." Nurse tu seakan-akan terkejut lagi sekali. Dia tak sangka aku janda kot? Lantak lah. Malas aku nak pikir. Lepastu, dia mula ambil sampel darah kami. Kena cucuk sikit je kat jari manis. Ouch! Alhamdulillah dah dapat result. Dua-dua negatif. Selesai satu perkara.

Tapi sakit kena cucuk yang sikit tadi tu masih terasa lagi sampai sekarang. Ouch!

13 March 2012

11 March 2012

My longing baby,..

Suddenly, I miss my baby a lot. He already in His Jannah. Please, pray for your mama to be with you in His Jannah too my precious baby. Mama want to see you. Mama miss you so dearly. T_T Allahu Robbiy.

07 March 2012

Our new family member.

This is our new family member. Posing with her mother in law, of course my mother. Her name is, Halima but we called her Hala, meaning sweetness. She's so kind and a good cook. Oh forgot to tell that she's from Morocco. I love her. We are a good friend now. She's so lovely! ^,~