16 March 2012

Cucuk Sikit Jari Manis

Alhamdulillah. Hari ni selesai lagi satu misi untuk ke gerbang baru. Awal pagi, rancang dengan Sis Hala untuk ke Klinik Kerajaan. Sampai sana, terus daftar Sis Hala untuk jumpa doktor. Dia terangkan kat doktor, "I got alergic..bla..bla..bla.." Seperti biasa, aku akan jadi tukang penterjemah. Doktor terangkan kat aku, aku terangkan balik pada Sis Hala. Lepas ambil ubat, aku bagitahu lagi sekali pada Sis Hala, "We have to come here again at 2.45PM. To take the HIV test." Dia angguk kepala tanda setuju.

Jam 2.30PM, aku dah siap-siap dengan Sis Hala nak ke Klinik. Sampai kat sana, mujur tak ramai orang hari ni. Urusan kami dipermudahkan Alhamdulillah. Masa masuk bilik untuk ambil sampel darah, nurse tu tegur aku. "Awak siapa?." Aku tengok muka Hala, Hala tengok muka aku. "Oh. Saya adik ipar dia. Dia kakak ipar saya." Nurse tu macam terkezut sikit kot. Lepastu, dia cuba melawak dengan Hala. "You don't wear like her?" Maksud dia, purdah atau pun Niqab. Hala kata tak pakai lagi, mungkin akan datang. Dan Nurse tu kata lagi, "Oh. Takpe lah kalau awak tak pakai, baru saya boleh nampak muka awak." Aku rasa macam tak best pulak tiba-tiba. Nurse tu nak perli aku ke? Nak kata aku tak nampak muka? Oh. Dia tak faham tujuan aku pakai niqab ni untuk apa. Jadi aku cuba buang jauh-jauh rasa tak best tu. Kemudian dia tanya, "Awak nak kahwin bila? Kali ke berapa?" Soalan tu memang dia wajib tanya untuk isi dalam buku log dia. Aku jawab sejujurnya, "Iya saya nak kahwin, insyaAllah dalam bulan 6. Kali ke dua." Nurse tu seakan-akan terkejut lagi sekali. Dia tak sangka aku janda kot? Lantak lah. Malas aku nak pikir. Lepastu, dia mula ambil sampel darah kami. Kena cucuk sikit je kat jari manis. Ouch! Alhamdulillah dah dapat result. Dua-dua negatif. Selesai satu perkara.

Tapi sakit kena cucuk yang sikit tadi tu masih terasa lagi sampai sekarang. Ouch!

13 March 2012

11 March 2012

My longing baby,..

Suddenly, I miss my baby a lot. He already in His Jannah. Please, pray for your mama to be with you in His Jannah too my precious baby. Mama want to see you. Mama miss you so dearly. T_T Allahu Robbiy.

07 March 2012

Our new family member.

This is our new family member. Posing with her mother in law, of course my mother. Her name is, Halima but we called her Hala, meaning sweetness. She's so kind and a good cook. Oh forgot to tell that she's from Morocco. I love her. We are a good friend now. She's so lovely! ^,~

The luncheon

It's today luncheon. Ayam masak kunyit.

05 March 2012

Monday blues.

Hari ni cuaca mendung dari pagi hingga ke petang. Mood aku pun turut mendung. Layu je. Hurm.

03 March 2012

Ketenangan

Adakalanya saat kita betul-betul perlukan kekuatan, ada bintang ceria yang meminjamkan cahaya. Walau jauh di angkasaraya, tetap jua indah bersinar menerangi malam kelam yang kian pudar warnanya. Alhamdulillah. DIA hadiahkan teman-teman yang memahami hati kecil ini walau tanpa bicara. :)

Being alone and lonely are different.

Silence, I'm talking to myself too much, recently. I'm overthinking about myself. I feel so lonely without him and my friends. I need someone to talk to. I need a friend to give me so much courage. I need him to share anything and everything with me.

I'm thinking too much..and it makes me feel so sad. :)

The luncheon

Kadang-kadang rasa seronok dan puas hati bila dapat masak. Sekurang-kurangnya aku dapat lupakan sekejap masalah-masalah lain. Dan aku tak makan pun apa yang aku masak. Pelik? Tak lah,aku dah kurang makan nasi. Diet? Tak jugak. Aku cuba makan makanan yang sihat. InsyaAllah.

01 March 2012

To my beloved prince..

Menu makan petang.

Keledek goreng + nutella + jam stroberi + honey green tea.

Kekok untuk berfikir.


Agak janggal pula bila setiap kali membuka Silence. Aku termangu. Buntu. Kekok pula hendak menaip. Lama betul meninggalkan alam berblogging ni. Aku jadi tidak tahu untuk luahkan apa. Hendak ceritakan tentang kisah perjalanan kehidupan seharian, aku rasakan macam aku seorang saja yang baca. Hu hu. SS. Syok sendiri pula. Isk. Isk. Isk.

Aku lebih telus melahirkan emosi dan rasa pada Tumblr. Tapi, ia lebih kepada luahan melaui gambar yang aneh, yang punya maksud mendalam, dan kata-kata yang terkesan dari jiwa. Tak semua, dan tak ramai yang tahu tentang tumblr aku. Bila menjadi orang asing di tumblr, aku rasa lebih selesa untuk meluah rasa. Kerana, aku tidak mahu orang yang kenal rapat atau kurang rapat dengan aku, turut rasa segala emosi yang berkecamuk di sana.

Maafkan aku, manusia.


Dunia Baru

Dear silence,

Rasanya seperti satu dunia baru, alam baru bila sudah lama tidak berblogging. Dulu agak gian juga untuk menaip itu ini. Sekarang, hampir buntu untuk menukilkan sesuatu. Masih tercari-cari wajah Silence yang baru. Beri aku ruang waktu untuk selongkar dunia baru ini. Sampai detik, pasti akan kerap aku menjengukmu, silence. InsyaALLAH. :)

Bisik jiwa:: Aku seperti rasa tidak cukup waktu, atau aku sudah buang terlalu banyak waktu?