01 March 2012

Kekok untuk berfikir.


Agak janggal pula bila setiap kali membuka Silence. Aku termangu. Buntu. Kekok pula hendak menaip. Lama betul meninggalkan alam berblogging ni. Aku jadi tidak tahu untuk luahkan apa. Hendak ceritakan tentang kisah perjalanan kehidupan seharian, aku rasakan macam aku seorang saja yang baca. Hu hu. SS. Syok sendiri pula. Isk. Isk. Isk.

Aku lebih telus melahirkan emosi dan rasa pada Tumblr. Tapi, ia lebih kepada luahan melaui gambar yang aneh, yang punya maksud mendalam, dan kata-kata yang terkesan dari jiwa. Tak semua, dan tak ramai yang tahu tentang tumblr aku. Bila menjadi orang asing di tumblr, aku rasa lebih selesa untuk meluah rasa. Kerana, aku tidak mahu orang yang kenal rapat atau kurang rapat dengan aku, turut rasa segala emosi yang berkecamuk di sana.

Maafkan aku, manusia.


No comments:

Post a Comment